Pages


glitter-graphics.com

Tuesday, March 29, 2011

APAM SNOW WHITE


Resepi asal : qnq0910@myresipi.com
sumber dari: Izah dan Hana

Bahan :

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
2 cawan nasi
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara :

Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
***Untuk resepi ni DJ buat suku adunan dan tambah esen vanilla. Untuk kelapa parut tu plak DJ gaulkan dgn sedikit garam dan sprinkle sugar kaler pink.

NOTA dari Kak Bdaria@junalresepi :

Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
Jika anda nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama


Read more: http://dayangjack.blogspot.com/search/label/Kuih-muih#ixzz1HzkToJ62
Under Creative Commons License: Attribution

No comments:

Post a Comment