Pages


glitter-graphics.com

Tuesday, October 9, 2012

k ... jom layan resepi.. terima kasih kak Rima dan pemilik resepi asal, Aliza atas resepi yang meletop kebabom ni.. ai bagi 5 star ++ :).. mesti dan pasti akan buat lagi lagi lagi dan lagi:) RESEPI STRAWBERRY OREO CHIFFON CAKE WITH STRAWBERRY BUTTERCREAM Olahan Dari Resepi : Blueberry Oreo Chiffon Cake Resepi Asal ; Chiffon Cake Mini By Dapur Aliza Sumber ; Kak Rima , Bisousatoi Ingredients 6 egg yolks 100g blueberry yogurt 150g flour - i used cake flour 4g baking powder 100g caster sugar - noorsha used 70 gm 3g salt 100g vegetable oil - i used canola oil 6 egg whites 1g cream of tar tar 100g sugar - noorsha used 70 gm 50g of blueberry oreo - cut into tiny bits enough blueberry paste or purple colour Method - Preheat oven 150C - Whisk egg yolks with sugar till pale in colour.. add in yogurt and also oil.. add in ur sifted flour, baking powder and also salt.. lastly add in purple colour (i used wilton gel) - set aside - In another bowl.. whisk egg white with cream of tar tar till foamy.. slowly add in sugar a little at a time and whisk till soft peak. - Scoop 1/3 egg white meringue and add to egg yolk mixture.. fold in gently. once combined.. pour ur egg yolk mixture into meringue and continue to fold in gently and lightly.. once mixed pour half of ur mixture into a 22cm tube pan.. sprinkle half of ur oreo blueberry.. pour the rest of ur mixture and lastly throw in the rest of ur oreo bluberry.. Bake it for 50mins.. once baked.. turn ur chiffon pan and once its cool.. take it out of ur pan.. RESEPI STRAWBERRY BUTTERCREAM Resepi : Noorsha Bahan² 2 cawan shortening 1 cawan butter 1 cawan icing sugar - ayak dahulu 1 st pes @ esen @ emulco strawberry pewarna merah jambu Cara². putar kesemua bahan kecuali pes @ esen @ emulco strawberry dan pewarna merah jambu pada suhu sederhana hingga smooth pada kelajuan sederhana selama 10 - 15 minit. masukkan pes strawberry dan pewarna merah jambu. putar sebati. masukkan dalam piping bag beserta nozzle pilihan.sedia dihias. sebenarnya dalam oven dia naik tinggi lg..tp da kuar sementara nak snap ni dia mendak plak. yg sebelah tu cara noorsha sejukkan chiffon kek. terbalikkan panas2 utk sejukkan. bila da sejuk nanti insyaallah mudah je dia lekang dari pan tu ..sisipkan pisau sket je da lekang :selepas ditanggalkan dari loyang ermm....sedap sangat... :)

Saturday, March 24, 2012

BLUEBERRY CHEESECAKE

Blueberry Cheesecake Bahan-bahan 2 ketul cream cheese 250gram 1 tin susu pekat... manis 2 biji telur 1 sudu tepung gandum jem blueberry Cara-cara Tapak(base) 1. Biskut oreo dihancurkan 2. Satu cawan majerin yang dicairkan,gaul sebati n tekan pada dasar loyang sebagai tapak atau swiss roll,potong dan susun dalam loyang Topping 3. Biarkan chesse lembut dgn suhu bilik,kemudian pukul (boleh guna mixer atau blender) 4. masukkan susu dan pukul lagi 5.dah sebati,masukkan telur sedikit demi sedikit 6. masukkan tepung 7. jika suka, boleh masukkan coklat cip atau coklat rice 8.tuangkan dalam loyang berisi biskut atau kek tadi *hiasan boleh taburkan kepingan badam atau titiskan coklat cair atas kek 7.sedia untuk di bakar,lebih kurang 45 minit, cucuk kek dengan tester atau lidi untuk pastikan kek masak.(jika tak melekat pada lidi itu tanda kek sudah masak) 8. akhir,tuangkan jem bluberry atas kek, siap untuk di makan :)

Monday, November 14, 2011

Chocolate Cake

BEST CHOC. MOIST CAKE Sumber :By courtesy of Allrecipe.com & Kak Wattie Best Choc. Moist Cake by AnnaQawina Bahan-bahan :(loyang 9 inci) 1 cwn. marjerin/mentega 1 3/4 cwn. gula castor 3 biji telur 2 1/2 cwn. tepung gandum 6 sdb. serbuk koko 1 1/2 sdt. baking soda 1 1/2 cwn. susu segar 1 1/2 sdt. esen vanila 1 sdt. garam Cara-cara : 1. Panaskan oven kepada suhu 175'C 2. Gris & alas loyang 9x13" *Ana gris & tabur dgn tepung. 3. Ayak tepung, baking soda, serbuk koko & garam. 4. Pukul mentega & gula hingga kembang & gebu. 5. Masukkan telur 1 per 1, diikuti dengan esen vanila. 6. Masukkan tepung bersama bahan ayak tadi berselang seli dengan susu segar, kacau biar sebati je, jangan lama sangat. 7. Tuang ke dalam loyang & bakar lebih kurang 40-45 minit @ hingga masak. Sejukkan sebelum dihias. Buttercream (Kak Nor) ~ utk melepa/sapuan atas/keliling kek 250gm butter 75gm shortening 125gm gula icing 1 sudu kecil vanila *Ayak gula icing 2 - 3 kali. Asingkan yg kasar jika ada. *Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit. *Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu. *Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati. *Boleh la digunakan utk mendeco. *Kalau utk membentuk roses/swirl dll gula boleh ditambah hingga sukatan menjadi 200gm atau lebih lebih banyak gula digunakan lebih kental BC yg dihasilkan. GANACHE (Hanamemories) 2 cwn non dairy whipping cream 500g cooking chocolate*sagat halus 1/8 cwn golden syrup Dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream. Bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati. Tambahkan golden syrup. ketepikan & bolehlah diguna **Tip2 dlm membuat Buttercream: 1. gula icing hendaklah diayak 2 - 3 kali utk mendapatkan gula yg betul2 halus supaya tekstur BC kita halus dan cantik 2. kaedah memukul/beat BC - jgn guna kelajuan tinggi, biarlah dlm kelajuan sederhana supaya BC kita kembang dgn elok dan sekata 3. utk mendapatkan BC yg lebih kental, tambahkan sukatan gula dlm adunan. 4. penggunaan shortening dlm adunan membuatkan BC kita lebih putih dr menggunakan butter secara keseluruhannya. 5. Suhu persekitaran boleh memberi kesan gak pd BC kita. Kalau cuaca panas sgt boleh menyebabkan BC kita mudah menjadi cair.

Friday, October 28, 2011

CHOCO MOUSSE BROWNIES

Choco mousse brownies yani@myresipi.com khas utk k linda. Kalau tak nak buat sendiri, meh lah makan kat cni ;) Created on : 04-07-2008 Print dari blog Yani at myresepi Bahan-bahan ( 18cm ) Brownies 45g butter 65g gula halus 1 biji telur 50g tepung gandum 1/2 sudu kecil baking powder 1 sudu besar serbuk koko Chocolate Mousse 140g coklat masakan 1 sudu besar gelatin 100ml air 2 biji telur putih 200g whipping cream 40g gula halus Cara-cara 1.Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih. 2.Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit. 3.Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata. 4.Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit. 5.Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. 6.Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya. 7.Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair). 8.Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan. 9.Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit. 10.Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim. 11.Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan. 12.Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse. 13.TIPS: Dari K nor : kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis

Monday, October 24, 2011

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

Sumber : resipi citarasawan Chocolate Chiffon Bahan A 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam) 4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning) 100gm gula kastor 130gm tepung naik sendiri 1/2 tsp baking powder 1/2 tsp soda bicarbonate 60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung 1 tsp esen vanila Bahan B 4 biji putih telur 60gm gula kastor 1/4 tsp cream of tartar Cara-cara 1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed. 2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed. 3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak. 4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan. Filling : Mousse Coklat Hitam : 200gm chocolate masakan hitam 2 kuning telur (di pukul dahulu) 2 putih telur (di putar hingga kembang) 60gm gula kastor 1/2 tbsp mentega 250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat 1 1/2 tbsp gelatin 50ml air simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek) Filling : Mousse Coklat Putih : 200gm coklat masakan putih 100ml susu segar UHT 2 kuning telur (di pukul dahulu) 2 putih telur (di putar hingga kembang) 60gm gula kastor 250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat 2 tbsp gelatin 50ml air Topping Coklat Ganache 150ml Anchor whipping cream (tawar) 350gm coklat masakan hitam 1 tbsp mentega cair (Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek) *** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk. *** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border. Cara-cara : Mousse Coklat Hitam 1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan 2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat. 3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata. Mousse Coklat Putih 1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan. 2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat. 3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata. 4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek. Cara-cara : 1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan. 2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan. 3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan. 4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan. 5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman. 6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku. 7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias. 8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

Sumber : resipi citarasawan


Chocolate Chiffon

Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek

Saturday, October 22, 2011

CUCUR PENIRAM

di C and P dari Incredible recipe - tk

Brown Sugar Ring Fritters @ Cucur Peniram
bahan A - (sila sukat bahan dgn jar matrik atau gram)

2 1/2 cawan @ 250gram @ 500ml tepung beras cap 3 gajah - *kemudian aida ltk 2sb rata tepung beras sekiranya tambah 1/4 caw air
2 sb rata instant coconut milk powder - bhn tbhan aida ltk sdr
2sb rata tepung gandum - *kemudian aida ltk 2sb rata tepung gandum sekiranya tambah lagi 1/4 cawan air

bahan B - (sila sukat bahan dgn jar matrik atau gram)

200gm gula merah - aida ltk 88gm gula merah + 112gm gula gerek @ gula manisan(2 kpg bgtg pd brt skpg gula tsbt
1-2 helai daun pandan - koyak-koyakkan - bhn tbhan aida ltk sdri
200ml @ 1 cawan air - aida lebihkan air dr resipi asal, *kemudian aida ltk 1/4 cawan air lagi

cara-cara

sediakan bahan A, kedalam besin logam, gaul rata, ketepikan, masak kesemua bahan B hingga gula larut serta mendidih terus angkat dari api dan terus tapis ke dalam tepung-tepung dan serbuk santan tadi, gaul terus dengan sudu besi, perap adunan beberapa jam atau semalaman, sapukan sedikit minyak atas tapak tangan, ambil adunan sebesar geguli atau ibu jari, bulatkan, sapu sedikit minyak, letak dalam pinggan plastik, leperkan sikit, celup bahagian lidi atau chopstik yang dengan sedikit minyak, cucuk ditengahnya buat lubang bentuk doughnut, angkat terus goreng dalam minyak panas, alih-alihkan, perlahankan api pandai-pandai sendirilah jaga api semasa mengoreng, sedia untuk dihidangkan, sekiranya berlaku dough jadi keras kerana diperap beberapa jam atau semalaman sila uli balik dengan sedikit air panas hingga lembut ulangi step seterusnya hingga habis, sedia untuk dihidangkan

texture bancuhan adunan kali ini sama seperti membancuh adunan lepat liat jenis paling cair seakan adunan roti kirai, ketayap, kuih cara dan crepe peram dan perap adunan beberapa jam atau semalaman, tidak perlu dibimbangkan dalam masa yang sama adunan jenis cair akan mula memekat dan didalam proses pengembangan dan akan terus mengembang dan jadi seketul dough just nice yang boleh dipegang atau senang digelintir dengan tangan, ini bermakna sudah sedia untuk dibentuk, adunan jenis ini inshallah tidak perlu diuli balik diuli dengan air panas dalam masa diperam selama 2 1/2 jam, lepas itu boleh lah digoreng, perapan jam selepasnya adunan jadi keras sikit kerana diperap beberapa jam kemudian atau semalaman sila uli balik dengan sedikit air panas hingga lembut, bentukkan, gorengkan, tadi semasa membancuh selepas 2 2/1 jam saya gatal tangan tambah pula 1/4 cawan air panas, kekonon nak bagi lembut lagi, adunan jadi cair balik, perap lagi selama sehingga pukul 5.00pm, susah untuk dibentuk kemudian saya tambah 2sb rata tepung beras + 2 sb rata tepung gandum, biar seketika aduan just nice macam bancuhan sebelum tambah air tadi, bentukkan, goreng dalam minyak panas, alhamdulillah menjadi, kemungkinan besar berkat dari puasa sunat 6 dapat juga saya jamah untuk berbuka tadi, texturenya lembut, ranggup dan gebu.

TIPS

Tips berguna buat kuih peniram Puan/Cik Siti Nur - saya ambil dari komen di mry (panduan berguna bila saya hendak masak & buat lagi dimasa akan dtg)
kalau x jadi tu mungkin tepungnya..sll yg menjadi nih tepung beras cap gajah..kena perap 1 malam baru sedap gebu n ranggup
pakai acuan donat yg paling kecil besar sikit dr syiling 50sen..kalau x pakai pun x pa.buat lubang sendiri..kalau pakai acuan nampak cantik dan sama besar
kuih ni kena betoi2 minyak panas.kalau x panas nanti x naik dan keras jadinya...rosak habis adunan.lagi satu adunan ini jgn simpan dlm peti sejuk.letak diluar boleh tahan sampai 5 hari
bila minyak dh panas..perlahan api baru goreng kalau api kuat nanti x sempat masak kt dlm..selamat mencuba aisyah.
adunan jangan sesekali letak dlm peti ais.letak diluar suhu bilik tahan 5 ari.bentukkan semasa hendak mengoreng.kalau adunan keras boleh tambah air panas semasa menguli...
tepung gandum hanya segenggam ni untuk jadikan kulit luarnya...kalau terlebih tepung gandum peniram akan liat dan x gebu.
peniram akan megembang bila mengoreng..jadi jgn buat tebal2 semasa mengoreng kerana kuih akan jadi x cantik...buat nipis2 goreng baru sedap dan ranggup
AIR GULA PANAS2 MASUKKAN DLM TEPUNG.KALAU AIR GULA SEJUK X MENJADI PENIRAM HARAP MAKLOM.MMG ADUNAN INI AKAN MELEKAT...UTK MUDAHKAN CARA LETAK SEDIKIT MINYAK SEMASA MENERAP PENIRAM.
ADUNAN TAHAN 5 HARI DILUAR KERANA TEPUNG TELAH SEPARUH MASAK KERANA DIULI DENGAN AIR GULA YG PANAS. ADUNAN YG DISIMPAN KALAU KERAS BOLEH DIULI DENGAN AIR PANAS UTK MELEMBUTKAN ADUNAN. KALAU PENIRAM YG TELAH DIGORENG BOLEH TAHAN SELAMA 1 BULAN.
x leh terap suma sekali kerana adunan ini lembut dan akan bercantum satu sama lain.buat satu siap masuk kuali...kalau 1 kg buat paling lama goreng 2 jam habis.
kalau adunan kering masukkan sikit air panas dan uli sampai lembut,,,semasa menerap adunan taruk minyak sikit supaya tidak melekat..jdn risau kalau adunan sedikit keras..kerana biar semalaman mmg mcm tu keadaannya.
kalau peniram jadi mcm tu sbb minyak x cukup panas..pastikan minyak panas..kalau x peniram akan jadi jerawat batu hehhehehhe
letak ckit minyak semasa nk terap...baru peniram cantik dibentuk.acuan pn kena sapu minyak jugak.
800 gram gula mmg cukup2 manis utk peniram.saya x pernah adjust suma yg dibuat ditimbang dgn baik.