Pages


glitter-graphics.com

Thursday, April 21, 2011

HOME MADE - SUSU PEKAT

C&P dari blog Hasue.blogspot - mintak izin, tk

Bahan2:

1 Cawan / 100g Tepung Susu
2/3 Cawan / 125g Gula Halus
1/3 Cawan / 50ml-60ml Air Suam (sori..aritu aku silap taip daa..)

1/4 Cawan Marjerin

Cara2:

Masukkan air suam DAHULU ke dalam pengisar(blender),diikuti dengan bahan2 lain-gula halus,tepung susu dan marjerin

Kisar sehingga semua bahan halus dan creamy.(kacau jika perlu)

Sedia untuk digunakan atau disimpan dalam bekas udara dan tempatkan di dalam peti sejuk anda.
P/s:Jangka ketahanannya mungkin tidak selama susu pekat dalam tin sebab takda pengawet kan..Selamat Mencuba...

Wednesday, April 20, 2011

KEK LAPIS OREO CHEESE

Kek Lapis Oreo Cheese
(C&P dari blog hasue.blogspot) - mintak izin ye, tk
Bahan2:

450g Mentega(golden churn)
180g gula halus
10 biji telur
1 tin kecil susu manis
100g horlicks(diayak)
180g tepung hongkong(diayak)
1 penutup botol esen vanilla
250g cream cheese
1 sudu makan ovelette
2 sudu besar nestle cream(optional)-hasue ltk nk bagi moist
Biskut oreo original-2 bungkus/atau secukupnya
Pewarna biru dan oren /atau warna pilihan

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 170c api atas bawah. Loyang dioleskan dengan mentega dan ditabur tepung.
2. Pukul mentega bersama cream cheese sehingga putih berkrim dan sekata.
3. Masukkan gula halus (sambil terus dipukul dengan kelajuan perlahan),masukkan pula telur satu persatu sehingga habis.
4. Kemudian masukkan esen vanilla, susu manis,horlicks,tepung hongkong,ovellette dan nestle cream (masih dpukul dengan kelajuan perlahan sambil memasukkan satu persatu bahan2 ini)
5. Padamkan mesin,dan dengan menggunakan senduk gaul adunan sehingga benar2 sebati.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian: 1 warnakan biru dan 1 lagi warnakan oren
7. Tuangkan satu cawan adunan berwarna oren dan bakar menggunakan api atas bawah lebih kurang 7 minit atau sehingga permukaan keperangan(bergantung jenis oven)
8. Setelah itu keluarkan Loyang dr oven dan tekan menggunakan penekan kek (jika ada) barulah lapiskan dengan warna biru.
9. Setelah masak,barulah susunkan biskut oreo di atasnya,terpulang hendak susun penuh permukaan kek atau secara rawak sahaja.
10. Selepas habis menyusun biskut oreo,tuangkan lagi secawan adunan oren dan ratakan dengan menyenget2kan Loyang jika perlu.(isi ruang yg tidak terisi biskut)
11. Setelah itu,tekan lagi menggunakan penekan kek,utk lapisan yg kemas barulah lapiskan dgn lapisan seterusnya spt warna biru,oren,biru,biskut oreo dan warna oren(boleh perhatikan gambar) atau ikut cara sendiri ye...
12. Apabila sudah habis melapis,dan setelah lapisan terakhir sudah keperangan dipermukaannya,tutup permukaan loyang kek dengan aluminium foil(untuk mengelakkan terlebih hangus),dan tukar semula kepada api atas bawah pada suhu 120c selama 15 minit.
13. Selamat mencuba.. :)

AYAM PAPRIK

Bahan-bahan

½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
beberapa helai daun limau purut

2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
Cara-cara
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Monday, April 18, 2011

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
by Kak DayangJack
(C&P dari blog love2cook)

Ingredients :~

6" / 7" pan

* 1 cup flour
* 1 tsp baking powder
* 1/2 tsp bicarbonate of soda
* 1/2 cup cocoa powder
* 2 tbsps milk powder
* 1 1/4 cup cold water (from the fridge)
* 1 cup brown sugar ~ I used caster sugar
* 1 tsp vanilla essence
* 1/2 tsp coffee/ choc emulco ~ I used choc emulco
* pinch of salt
* 1/2 cup vegetable cooking oil or corn oil
* 1 tsp vinegar or lemon juice ~ I used vinegar

Method :~

1. Preheat oven to 160C. Grease and line a cake tin.
2. Sift flour with baking powder, bicarbonate of soda and cocoa powder in a large bowl.
3. Add milk powder, salt and sugar. Stir until well mixed.
4. Add cold water, cooking oil, vanilla essence and coffee / chocolate emulco. Stir gently
using a whisk. Make sure the mixture is not lumpy.
5. Finally add vinegar or lemon juice. Stir immediately the mixture until well combined.
6. Pour batter into the prepared tin and bake for 30-40 minutes or until done.
7. Cool the cake. Add your favourite toppings.

It's so easy na, no mixer needed! A bowl and a whisk will do

Friday, April 15, 2011

CHICKEN PIE

CHICKEN PIE
(dari blog rinnchan.fotopages)


Ingredients:

For the pastry
250gm multipurpose flour
1 1/2 teaspn salt
200gm shortening( should be well-chilled)
120ml cold water

For the filling:
1 onion, chopped
2 garlics, chopped
1 tblspn curry powder
curry leaves
1 small potatoe, diced
2 chicken breasts, diced
Salt and sugar to taste

Fry onions and garlics until withered, add curry leaves then curry powder. Add in some water. Stir well until gravy thickened a bit. Add in chicken, stir well. Add potatoe dices and cook until softened. Add salt and sugar to taste.


Instructions:
1. Mix well salt and water.
2. Sift flour. Place shortening on the flour, dice finely and mix in until the dough resembles coarse breadcrumbs.
3. Add salt water and knead to bind the dough.
4. Divide dough into two equal rolls. Wrap with cling film and chill for 30 mins to 1 hr.
5. On a floured surface, roll out 1 dough into a thin round pastry sheet 2.5cm larger than the pie mould.
6. Line the pie mould evenly with the pastry sheet. Cut out the excess pastry.
7. Fill in the chicken pie filling of your choice. ( I used the curry puff fillings but with more chicken meat and less potatoe dices. You may also use fried minced meat as well).
** Do not fill hot filling on to the pastry dough to avoid pastry base gets melt.
8. Roll out the remaining pastry dough until flat and thin.
9. Cut the pastry sheet into 1.5cm wide strips and and arrange the strips in a lattice (anyaman tikar) over the top of the pastry. Cut out excess dough and brush with beaten egg.
10. Bake in pre-heated oven at 200 deg cel for 1 hr or until pastry turns golden brown.

I referred to zack`s and a few of my cook books before settled with the final ingredients and method of making. Thanx for their courtesy. Again it wuz a great challenge to actually get a crispy and flaky pie pastry and I must thank zack again for her invaluable tips and tricks in order to get a satisfactory result.
Besides, it wuz also fun to do the lattice work. This kind of pastry finishing is different from the ones I normally view on websites or cookbooks. Those were rather flat, a little crispy and more like tart pastry but NOT flaky. Flaky pastry goes well with chicken, beef and seafood fillings.

Wednesday, April 13, 2011

GAMBAR PENGANTIN TAHUN 1993




Gambar hari perkahwinan saya 10-10-1993. Kini telah hampir 18 tahun berlalu dan moga perkahwinan ini diberkati dan berkekalan keakhir hayat, insyaAllah.

GAMBAR RUMAH AYAH DAN EMAK DI KAMPUNG




Inilah rumah dikampung yang menyimpan seribu kenangan antara emak, ayah dan adik beradik. Disinilah kami dibesarkan. Rumah ini telah pun berusia 72 tahun dimana ia didirikan pada 1939, lamakan tapi ianya tetap teguh dan utuh.

PUFF INTI SARDIN



Resepi di C&P dari blog tiffinbiru - mintak izin ye CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kecil sardine cap ayam, ambik isinya sahaja
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili
1/2 camca besar kicap cair
2 pelepah daun sup, hiris halus
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Puff pastry secukupnya
Kuning telur untuk mengglis
Lada hitam yang baru dikisar


CARA MEMBUATNYA :-)

1.UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, dan bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan cili sos, tumis hingga garing, masukkan ikan sardine dan hancurkan. Tambah kicap cair, kacau dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa jika kurang masin, tambah sedikit lagi kicap cair. Angkat dan sejukkan.

2.UNTUK SARDINE PUFF :- Kerat dua puff pastry tadi, tabur sedikit tepung, satu bahagian dibiarkan manakala satu bahagian lagi digelek dengan pemotong khas (seperti dalam gambar), tabur tepung pada alat pemotong untuk mengelakkannya lekat, jika lekat, berhati2 korek keluar dengan garfu.

3.Isi inti pada bahagian satu lagi, dan perlahan2 tindihkan dengan kulit pastry yang bercorak tadi, tekan tepi2nya dengan garfu supaya lekat. Alih ke dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur pada permukaan pastry tadi dan tabur sedikit serbuk lada hitam.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit, jika oven anda mempunyai "kipas", boleh "ON" kan. Ini akan membuat pastry puff anda naik tinggi dan lebih garing. Bila masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

HASIL KREATIVITI





Tuesday, April 12, 2011

KEK BUAH SEDAP
CnP : homesweethome (k.ummi)

Bahan:
380 gm susu pekat manis *
400 gm mixed fruits *
250 gm butter *
1 cawan air * (250 ml)
2 biji kuning telor
3 cawan tepung gandum (+- 380 gm)
1 sk baking soda
1/2 cawan orange juice dari 2/3 biji orange (*ummi guna oren sunquick je)

Cara Membuat:-
Masukkan bahan-bahan (*) dalam periuk, masak atas api sederhana sambil dikacau hingga butter dan susu larut.
Alihkan dan sejukkan dalam fridge selama 3 - 4 jam. Kemudian keluarkan dan campurkan dengan kuning telor dan
kacau rata. Kemudian ayak tepung dan baking soda dan masukkan sedikit-sedikit dalam campuran buahan tadi.
Masukkan pula orange juice dan kacau rata dengan spatula.
Panaskan oven dengan suhu 170 deg. Celcius dan grease pan ukuran 8"x8".
Tuangkan adunan dan bakar selama kurang lebih 1 jam (jangan overcook - ummi bakar 50 minit saja).

Monday, April 11, 2011

KEK GULA HANGUS

Kek Gula Hangus

BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.


4 biji telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila


Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja.
Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

KEK GULA HANGUS

Kek Gula Hangus

BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.


4 biji telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila


Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja.
Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

MOIST CHOCOLATE BROWNIES

Moist Choc.Brownies
Sumber : Roz (Rnet) - dari maklangazie.blogspot.com - mintak izin ye, tk


Bahan-bahan
1 ½ cawan (185 g) tepung serba guna
¼ cawan (30 g) serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bicarbonate
1 ½ cawan (205 g) macadamia nuts – dicincang
125 g butter
200 g coklat masakan, dicincang
1 cup (250 g) gula kastor
2 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan (90 g) krim masam (sour cream) (kalo takde, ganti ngan yogurt..takpun tibai je susu cair..hehehe)


Chocolate topping
150 g (5 oz) coklat masakan
½ cawan krim masam (sour cream)


Caranya:
* Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun.
* Masukkan 1 cawan macadamia nuts dan buatkan lubang ditengah-tengah.
* Cairkan butter dan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan sour cream.
* Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.
* Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang tadi.
* Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga semua bahan-bahan sebati.
* Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 – 35 minit (atau sehingga masak).
* Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.


Cara membuat topping:
* Cairkan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.
* Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
* Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan macadamia nuts yang berlebihan.
* Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.


Variasi: Boleh gunakan pecans atau walnut untuk menggantikan macadamia nuts Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim



2010年4月13日14:57:01 | piannita@yahoo.com (Nita)
Cheese Cake

Bahan-bahan ( 18 inci )
•250g cream cheese
•200cc fresh cream/plain yogurt
•2 sudu besar jus lemon
•3 sudu besar tepung
•2 biji telur
•90g gula
Cara-cara
1. Panaskan oven 170 degree
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.

5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap
strong>

Sunday, April 10, 2011

APAM POLKADOT (dari blog hanamemories.blogspot - mintak izin ye Hana)

Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan

150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

Cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:

Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
MyKitchen's Recepi

RAINBOW CAKE
The Martha Stewart Show, April 2010
(di C&P dari fromintankitchen.blogspot) - mintak izin ye...

Vegetable shortening - ita guna butter
3 cups all-purpose flour - 3 cwn tpg gandum
4 teaspoons baking powder - 4 sudu kecil baking powder
1/2 teaspoon salt - 1/2 sudu teh garam
2 sticks (1 cup) unsalted butter, room temperature - 1 cwn butter tampa garam (suhu bilik)
2 1/3 cups sugar - 2 1/3 cwn gula
5 large egg whites, room temperature - 5 biji telur gred A ( suhu bilik )
2 teaspoons pure vanilla extract - 2 sudu teh esen vanila (ita tak de pure so tukar esen)
1 1/2 cups milk, room temperature - 1 1/2 cwn susu ita guna fresh milk (suhu bilik)
Red, orange, yellow, green, blue, and purple gel food coloring - pewarna merah, orange, kuning, hijau, biru, purple dan ita tambah pink
Lemony Swiss Meringue Buttercream - yg ni frosting atau filling dia tapi filling ita tukar blueberry paste

Directions
Preheat oven to 350 degrees. Brush six 9-inch-round cake pans (or as many 9-inch cake pans as you have, reusing them as necessary) with shortening. Line bottom of each cake pan with parchment paper; brush again and set aside.
Panaskan oven 170c. Leser loyang 9" bulat (ita guna 4 segi) dgn lelemak sayuran (ita guna butter) Alas tapak loyang dgn kertas minyak sapukan juga minyak atas kertas dan ketepikan. Untuk step ni ita hanya ada 2 loyang shj. jadi ita masak satu2. Bila masak, sejukkan dan terus keluarkan dari loyang sebab nanti nak guna lagi. So ita alaskan dgn kertas minyak baru untuk setiap kek.

In a large bowl, whisk together flour, baking powder and salt; set aside. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, cream together butter and sugar. Slowly add egg whites and mix until well combined. Add vanilla and mix until fully incorporated. Add flour mixture and milk in two alternating additions, beginning with the flour and ending with the milk. Mix until well combined.
Dlm bekas yg besar campurkan tepung, baking powder dan garam. Ketepikan (ita ayak dulu)

Dlm bekas lain, pukul butter dan gula hingga creamy dgn mixer dan berkelajuan max. Slowkan kelajuan dan masukkan putih telur dan pukul hingga rata. campurkan vanila, dan pukul lagi hingga bercampur sempurna. Masukkan epung dan susu berselang seli. dimulakan dgn tepung dan diakhiri dgn susu. pukul hingga adunan sebati.


Divide batter evenly between six medium bowls. Add enough of each color of food coloring to each bowl, whisking, until desired shade is reached. Transfer each color to an individual cake pan. Transfer to oven and bake until a cake tester inserted into the center of each cake comes out clean, about 15 minutes (working in batches if necessary).
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian (ita bhg 7) letakkan pewarna utk setiap bahagian. Tuang dlm acuan dan bakar satu persatu. Untuk setiap kek bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak.

Remove cakes from oven and transfer to a wire rack; let cool for 10 minutes. Invert cakes onto a wire rack; re-invert and let cool completely.
Setelah kek masak. biarkan sejuk 10 minit keluarkan letak atas redai dan biarkan sejuk sepenuhnyer. Dan habiskan membakar ke 6 lapisan seterusnyer

Using a serrated knife, trim tops of cakes to make level. Place four strips of parchment paper around perimeter of a serving plate or lazy Susan. Place the purple layer on the cake plate. Spread a scant 1 cup buttercream filling over the first layer with a small offset spatula so it extends just beyond edges. Repeat process with blue, green, yellow, and orange layers.
Ratakan kek dgn pisau pemotong kek jika permukaan nyer tidak rata. Susun lapisan pertama, letakkan filling boleh guna buttercream, tapi ita guna blueberry paste. ratakan dan letakkan selapis lagi kek di atasnyer dan buatlah begitu seterusnyer sehingga habis 6 atau 7 lapis

Place the remaining red layer on top, bottom-side up. Gently sweep away any loose crumbs with a pastry brush. Using an offset spatula, cover the top and sides with a thin layer of frosting (also use any of the excess frosting visible between the layers). Refrigerate until set, about 30 minutes.
sapukan pula pada keseluruhan kek dgn frosting nipis sahaja. Masukkan dlm peti ais selama 30 minit.

Using an offset spatula, cover cake again with remaining frosting.
setelah frosting keras sedikit, sapukan keseluruhan kek dgn frosting dan hiaslah ikut kreativiti masing.




For the Filling and Crumb Coat
yg ni ita tak buat ita gantikan dgn blueberry paste
9 large egg whites - 9 putih telur gred A
1 3/4 cups sugar - 1 3/4 cwn gula
2 cups (4 sticks) unsalted butter, cut into small pieces, room temperature - 2 cwn butter tampa garam potong kecil, suhu bilik
2 teaspoons pure lemon extract - 2 sudu teh pure / jus lemon
For the Frosting
5 large egg whites - 5 putih telur gred A
1 cup sugar - 1 cwn gula
1 cup (2 sticks) unsalted butter, cut into small pieces, room temperature - 1 cwn butter tampa garam potong kecil, suhu bilik
1 teaspoon pure lemon extract - 1 sudu teh pure/jus lemon
Directions
Make the filling and crumb coat: Cook egg whites and sugar in a small saucepan over medium heat, whisking constantly until sugar is completely dissolved. Transfer to the bowl of an electric mixer fitted with the whisk attachment; mix on high speed until mixture is room temperature. With the mixer on medium-low, add butter, one piece at a time, mixing well after each addition.
Untuk filling atau inti dan lapisan luar : Masak putih telur dan gula dlm kuali dgn api sederhana. kacau hingga gula larut. tutup api tuang larutan tadi dlm mangkuk mixer. pukul dgn kelajuan tinggi hingga mencapai suhu bilik. Perlahankan mixer pada kadar sederhana dan campurkan butter satu persatu pukul hingga sebati.

Remove whisk attachment and switch to paddle attachment. Increase speed to high and beat until buttercream comes together, about 5 minutes; beat in lemon extract.
tukarkan pemukul mixer kepada paddle. tinggikan kelajuan dan pukul hingga hingga menjadi lembut dan creamy. selepas 5 minit masukkan jus lemon dan pukul sebati.

Make the frosting: In a clean saucepan and bowl of an electric mixer, repeat process in step 1.
Untuk frosting caranyer sama juga seperti diatas.




Untuk kek ni ita gunakan frosting Butter Cream. Cara penyediaannyer lebih mudah.

BUTTER CREAM
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup

Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
Masukkan golden syrup dgn perlahan dan kacau adunan hingga rata.

Muffin

Muffin Coklat
(dari blog babycakes2u.com) - mintak izin C & P, tk..
Bahan-Bahan

½ cawan mentega
½ cawan minyak jagung
1 ¼ cawan gula perang
3 biji telur
2 ½ cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan serbuk koko
200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:

1.Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
2.Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4.Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5.Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6.Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
7.Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.
Tips:

1.Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
2.Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3.Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4.Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5.Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi.
6.Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
7.Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

ROTI CANAI



KEK ALUNAN KASIH






KEK ALUNAN KASIH
Sumber : kak nor
Bhn.
5 biji telur
250g butter
2 1/2 cwn tpg gandum } ayak
1st b/powder }
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn susu cair
1st vanila esen
serbuk koko - secukupnya
pewarna ikut suka
Cara
Butter + gula = pukul kembang
Masukkan telur satu persatu, pukul sampai kembang
Masukkan vanila + susu cair
Akhir sekali masukkan tepung skit demi skit
Bahagikan kepada 3 bhg, ikut colour yg disukai merah, hijau, kuning
Masukkan adunan merah dlm loyang, ratakan....tabur serbuk koko memenuhi lapisan merah, masukkan pula adunan hijau dan tabur serbuk koko spt tadi dan ulang hingga adunan habis.
Bakar 45', suhu 160 C
Nota : lapisan kaler2 tu kena tebal sbb bila melapis, lapisan koko tak terikut sama.

BLACK BOTTOM CUPCAKE (dari resepicitarasawan.blogsopot)

Bahan-bahan
210 gm tepung gandum
250 gm gula perang
30 gm serbuk koko
1 tsp baking soda
240 ml air
80 ml minyak jagung
1 tbsp cuka makan (optional)
1 tsp esen vanila
1/2 tsp garam halus

Cream Cheese Filling:
250 gm cream cheese, lembutkan pada suhu bilik
70 gm gula kaster
1 biji telur Gred A
1/2 tsp esen vanila

Cara-cara
1. Pukul cream cheese dan gula hingga licin. Masukkan telur, esen vanila dan pukul sekejap hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Gunting sedikit muncungnya.
2. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan cupcake.
3. Ayak tepung, serbuk koko, garam dan baking soda ketepikan. Satukan air, minyak jagung dan cuka. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung. Gaul hingga rata.
4. Sudukan 1/2 adunan ke dalam acuan. Picit cream cheese filling di tengahnya sehingga cheese timbul di permukaan. Buat sehingga habis.
5. Bakar selama 25 minit atau sehingga tidak melekat pada lidi apabila di cucuk.
.

MENU : Cupcakes

Saturday, April 9, 2011

RED RUBIES




RED RUBIES
(di copy and paste dari dapurcomelku.blogspot.com) mintak izin ye....


Bahan-bahan
1 biji sengkuang (kurang lebih 300 g) - guna sengkuang China(water chesnut)

1 cawan tepung ubi
1/2 camca teh pewarna merah + 1 cawan air
200 g gula pasir*
500 ml air*
2 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula hancur), sejukkan
250 ml santan pekat + secubit garam
Ais hancur secukupnya
Hirisan buah nangka dan buah kabung* (yg ni akak tambah utk hiasan)

Cara-cara
1. Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.

2. Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yg berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dgn tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan

3.Didihkan air dalam periuk. Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yg berisi dgn air ais. Biarkan terendam 5 - 10 minit.

4.Cedok keluar "ruby" yg terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk2 kecil. Tuang air gula dan santan. Masukkan juga air batu hancur. Hidangkan sebagai pencuci mulut.



Selamat mencuba...memang menyejukkan perut...nyaman je dimusim panas ni...
Di copy and paste dari annaqawina.blogspot.com (mintak izin ye...)

BEST CHOC MOIST CAKE Copy : Kak Wattie
BEST CHOC MOIST CAKE
By courtesy of Allrecipe.com - tks yer

Ingredients :(loyang 9 inci)
1 cup margarine
1 3/4 cup sugar
3 eggs
2 1/2 cups multi-purpose flour
6 tblspn unsweetend cocoa powder
1 1/2 teaspn baking soda
1 1/2 cup fresh milk
1 1/2 teaspn vanilla essence
1 teaspn salt

Instructions :
1. Preheat oven to 175 Deg Cel.
2. Grease and line 9x13" pan.
3. Sift together flour, baking soda, cocoa powder and salt.
4. Cream together margarine and sugar until light and fluffy.
5. Beat in eggs one at a time, then stir in vanilla.
6. Beat in flour alternately with milk, mixing just until incorporated.
7. Pour batter into pan and bake for 40-45 mins. Allow to cool on a wire rack. Garnish as desired.


Buttercream Kak Nor:
Buttercream (My Style)
~ utk melepa/sapuan atas/keliling kek

250gm butter
75gm shortening
125gm gula icing
1 sudu kecil vanila
Cara:

Ayak gula icing 2 - 3 kali. Asingkan yg kasar jika ada.
Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati.
Boleh la digunakan utk mendeco.

*Kalau utk membentuk roses/swirl dll
gula boleh ditambah hingga sukatan menjadi 200gm atau lebih
lebih banyak gula digunakan lebih kental BC yg dihasilkan.

* Kalau nak buat chocolate/ganache buttercream:
(tambahkan kedalam adunan buttercream yg basic td)

100gm cooking chocolate

cairkan secara double boil dan sejukkan sebentar.
Masukkan dlm step terakhir bila adunan BC dah cukup kembang.
Pukul hingga sebati lebih kurang 3 - 5 min.

Tip2 dlm membuat BC:
1. gula icing hendaklah diayak 2 - 3 kali utk mendapatkan gula yg betul2 halus supaya tekstur BC kita halus dan cantik
2. kaedah memukul/beat BC - jgn guna kelajuan tinggi, biarlah dlm kelajuan sederhana supaya BC kita kembang dgn elok dan sekata
3. utk mendapatkan BC yg lebih kental, tambahkan sukatan gula dlm adunan.
4. penggunaan shortening dlm adunan membuatkan BC kita lebih putih dr menggunakan butter secara keseluruhannya.
5. Suhu persekitaran boleh memberi kesan gak pd BC kita. Kalau cuaca panas sgt boleh menyebabkan BC kita mudah menjadi cair.
CARROT KEK
(mintak izin C & P dari qiraddapur.blogspot.com)
SUMBER : KHAISEDAP-SEDAPAN

Bahan2nya untuk kek:

250 gm mentega
1 mangkuk gula perang
5 biji telur (Gred A)
1 3/4 mangkuk tepung naik sendiri
3 cawan karot (diparut kasar)
1 cawan kacang badam ( dikisar kasar2)
..... kalau tak da kacang tu, kacang tanah pun boleh .....
2 sudu kecil soda baikarbonat - (Qira guna 1/2 sudu KFC aje)
1/2 cawan mix fruits
sedikit esen vanila


Bahan2 untuk Krim Keju (Cream Cheese):

500 gm cream cheese ( kalau boleh jenama Philadelphia Cream Cheese)
250 gm mentega
3 sudu besar gula aising

Cara2 membuat krim:
Satukan dan putar semua bahan2 diatas dalam mixer sehingga kembang (putih). Setelah itu boleh disapukan pada kek tadi.

Cara2 membuat kek:

Panaskan ketuhar anda dahulu dengan suhu 175'C. (Kepanasan ini mengikut ketuhar masing2 ok)
Putarkan mentega dan gula dalam mixer sehingga kembang (putih).
Kemudian masukkan serbuk penaik dan soda baikarbonat dan putar lagi.
Setelah semuanya sebati masukkan pula telur dan tepung gandum berselang seli. Putar lagi. Kemudian masukkan telur dan tepung lagi sehingga habis dan kacau lagi sehingga sebati. Setelah sebati masukkan esen vanila dan kacau lagi.

Setelah itu masukkan karot yang diparut tadi, kacang badam dan kismis dan kacau sehingga semua tergaul rata.
Sediakan loyang 4 segi berukuran 8"x8". Alas loyang anda dengan kertas minyak. (Alas tapak dan dinding loyang supaya kek senang dikeluarkan selepas masak).
Setelah itu masukkan adunan kek tadi kedalam loyang dan bakar selama 45 minit hingga 1 jam. Setelah 45 minit keluar kek dan ambil lidi sate, cucuk ditengah kek. Kalau semasa menarik lidi sate itu tadi adunan kek masih melekat lagi pada lidi bakar lagi selama 15 minit. Setelah 15 minit cucuk lagi tengah kek tu kalau adunannye tak melekat lagi pada lidi, boleh lah dikeluarkan dan disejukkan untuk disapukan krim keju tadi. Keluarkan dari loyang dan sejukkan diatas redai selama 1 jam.
Cara menyapukan krim keju tadi pada kek:

Letakkan kek karot diatas pinggan. Ambil kek tadi dibelah dua. Jadi kita akan dapat 2 lapisan kek. Setelah itu sapukan krim tadi pada satu lapisan kek tadi dan ratakan. Ambil satu lapisan kek tadi dan letakkan diatas kek yang disapukan krim tadi. Setelah itu habiskan krim tadi dengan menyapu semua krim itu di sekeliling dan diatas kek tadi. Hiaslah mengikut citarasa anda semua.
Setelah itu masukkan kedalam peti sejuk selama 20 minit. Selepas 20 minit bolehlah dipotong dan dihidangkan mengikut citarasa anda semua.
Selamat mencuba .........

Friday, April 8, 2011

THOUSAND LAYERS CHOCOLATE CAKE (dari curlybabesatisfaction.blogspot.com) - mintak izin utk cuba resepi ini. tk

Thursday, April 7, 2011

RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI
Source: Lina.pg
Copy from: kak Hana


Bahan-bahan
1 paket agar2 serbuk (10gram)
4 - 41/2 cawan air ( cawan arcopal ) - (1cwn-190ml)
3/4 cawan gula
1 sk esen vanilla
3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih )
Pewarna merah , kuning dan hijau
Sedikit kismis- xde stok, hana gune choc.chip


Cara-cara
Masak agar2 bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla.Tutup Api. Sejukkan adunan agar2 hingga suam2 kuku ( anggaran 15-20min). *saya tak tunggu sejuk, tutup api, putar telur putih kemudian kuning, terus masuk adunan agar sikit demi sedikit.
Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika terbalikkan bekas,adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu.
Tuang adunan agar2 (yg dah suam2 kuku tu) ke dalam bekas adunan telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk.
Tuangkan ke dalam bekas, masukkan pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi @ chopstik. Kacau dgn berhati2 supaya warna tidak terkena dasar bekas.
Letakkan kismis di permukaan agar2 (sebagai biji buah tembikai ). Sejukkan ke dalam esbok
Apabila agar2 sudah beku, keluarkan agar2 dari bekas dan warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai.
Tara..dah siap..selamat mencuba
RESEPI KEK PUDING KARAMEL (loyang 18cm)
Source: Kak.Yani my.resepi.com


Bahan-bahan
Karamel
60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
2 sudu besar air
Puding
2 biji telur
400ml susu cair@segar
35g gula
sedikit esen vanila
Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan
20ml air - yang nih hana tambah
Cara-cara
Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
RESEPI KEK PUDING KARAMEL (loyang 18cm)
Source: Kak.Yani my.resepi.com


Bahan-bahan
Karamel
60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
2 sudu besar air
Puding
2 biji telur
400ml susu cair@segar
35g gula
sedikit esen vanila
Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan
20ml air - yang nih hana tambah
Cara-cara
Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE
(mintak izin dari blog nurniezza)

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
•250g cream cheese
•50g butter
•100 ml susu segar (fresh milk)
•6 biji kuning telur
•1 sdb jus lemon
•1/4 sdk garam
•60g tepung kek / tepung superfine
•20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
•6 biji putih telur
•140g gula (granulated sugar)
•3/4 sdk jus lemon




Cara-cara
1.Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

2.Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

3.Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

4.Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Wednesday, April 6, 2011

Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir

Dirujuk & diedit semula : MaDiHaA a.k.a Ratna
(mintak izin saya copy ye Madiha) - terima kasih

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur



Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )
MARBLE BAKED CHEESE TART from blog : www.bisousatoi.com
BUTTERCREAM
Posted by : MamaFaMi
Source : Kembangkempis at Myresipi dot com


Ingredients :


250g shortening
125g krimwell
120g icing sugar
essence of your choice


Method :


1. Mix all the above ingredients in the mixer bowl with a spatula till well combined.
2. Beat the ingredients on low speed for 5 minutes.
3. Beat on high speed till fluffy.
4. Ready to use.
Bahan-bahan
2 1/2 cawan coffeemate (tepung krimer)
250 ml susu segar
1/2 cawan gula pasir
*perisa vanilla
- Optional (Kalau tak suka vanila,boleh tukar ke perasa lain spt coklat, stoberi, dll)

Cara-cara
Satukan coffeemate (tepung krimer), susu segar dan gula pasir. Pukul sekadar disebatikan.
Simpan dalam peti sejuk bahagian freezer selama 1 1/2.
Keluarkan dan letakkan perisa vanilla. Pukul lagi dengan kelajuan maksimum selama 10 minit atau sehingga adunan menjadi pekat dan gebu.
Masukkan dalam peti sejuk bahagian freezer semula. Biarkan beku.
Selamat Mencuba ~

Tuesday, April 5, 2011

Diambil dari blog tiaracuppies. mintak izin C&P ye...tk


GUMPASTE / FLOWERPASTE RECIPE

500 g icing sugar
1 tbsp gum tragacanth/ arabic gum / guar gum ( 10 g )
1 ½ tbsp cold water ( 25 ml )
2 tsp gelatin powder ( 8 g )
2 tsp liquid glucose ( 10 ml )
1 tbsp shortening ( 15 g )
1 egg white

Mix the icing sugar with the gum trag, and sieve. Put in a heavy duty mixer bowl.

Sprinkle the gelatine over the water, and wait until it becomes spongy. Then double boil until it turns into liquid again. Add the glucose, stir until it turns liquid too, then add in the shortening. Continue stirring until all are melted.

Remove from heat. Pour into the icing sugar, and mix in the egg white. Beat until the paste becomes white and elastic. Remove the gumpaste, put in an airtight container and let it rest for at least 12 hours before using.

To be kept in the fridge if not using. Will last for about a year.


Resepi fondant

Gelatin powder - 17 g
1/4 cup air sejuk - 60 ml
1/2 cup liquid glucose - 125 ml
2 sudu besar shortening - 30 g
1 sudu besar glycerin - 22 g
1 kg gula icing yang telah diayak - 8 cawan


Campurkan gelatin dan air. Biar sehingga pekat. Letakkan campuran gelatin di atas double boil dan panaskan sehingga larut. Tambahkan glucose dan kacau. Masukkan shortening dan kacau. Jauhkan campuran dari api sebaik sahaja shortening hampir cair sepenuhnya. Masukkan glycerin dan biar sehingga campuran menjadi suam.

Letakkan 4 cawan gula icing ke dalam mangkuk. Tuang campuran dan gaul dengan sudu kayu. Masukkan lebihan gula icing sedikit demi sedikit sehingga ' stickiness' hilang. Uli fondant sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan. Jika fondant terlalu lembut, tambahkan gula icing dan jika keras, tambahkan air, setitik demi setitik. Biarkan fondant berehat seketika selama 1 jam sebelum digunakan

Monday, April 4, 2011








Dari buku koleksi oleh Cik Zubaidah. Along kasi resipi ni 5 bintang sbb tekstur dan rasa yg paling best

KEK COKLAT MOIST KUKUS


Bahan bahan:

100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder


1.Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak. 2.Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati. 3.Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. 4.Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing. 5.Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no. 4580 6.Untuk buttercream kat tepi, pukul 125g Butter, 125g majerin & 80g Gula ising. Bila dh sebati campur 100g coklat yg telah di cairkan. 7.Ini rupa isi kat dalam. Warna nya coklat gelap tapi ni guna flash nampak terang sikit warna nya.

untuk ganache:

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 sudu besar marjerin

masak di atas api perlahan sekejap dan biarkan sejuk sedikit. sapu diatas kek yang telah disejukkan.

Memang sedap sangat dan moist.

Saturday, April 2, 2011











eResepi: Mee Rebus Johorby Resepi Masakan Melayu on Sunday, April 3, 2011 at 4:23am
Bahan-Bahan



1 kilogram mee kuning dan dicelur

300 gram taugeh

2 tangkai daun sup dan dihiris

2 tangkai daun bawang dan dihiris

8 biji cili merah dan dihiris

4 keping tauhu goreng dan dihiris

Sedikit bawang goreng

6 biji telur dan dibelah

6 biji limau kasturi dan dibelah



Bahan Penumis Dikisar



2 sudu besar ketumbar

8 biji bawang besar

6 ulas bawang putih

18 tangkai cili kering

1 sudu kecil jintan kasar

1 sudu kecil jintan manis



Bahan Kuah



300 gram daging dan dicincang

200 gram tetel dan direbus

300 gram keledek dan direbus

250 gram udang basah

5 sudu besar taucu

1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus

1 batang serai dan diketuk

2 sentimeter lengkuas dan diketuk

½ cawan minyak masak

Garam, gula dan air secukupnya



Cara Penyediaan

Panaskan minyak masak dalam periuk.
Tumiskan bahan penumis hingga garing.
Masukkan daging cincang, tetel dan udang.
Gaulkan supaya bercampur rata.
Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit.