Pages


glitter-graphics.com

Friday, July 22, 2011

KEK KEJU DINGIN KLASIK (CLASSIC CHILLED CHEESE CAKE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


[A] Lapisan Bawah
Bahan-bahan :
150 gm biskut chips more
2 Tbsp butter (dicairkan)


Cara-cara :
Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair hingga sebati.
Kemudian masukkan serbuk biskut ini ke dalam loyang spring foam atau loyang biasa yang telah dialas dengan aluminium foil di bahagian dalam loyang iaitu di dasarnya serta di dinding loyang. Biarkan terjuntai sikit dari loyang tu ke luar. Ratakan dan tekan serbuk biskut biar mampat dan kemas di dasar loyang. Masukkan ke dalam peti ais.


[B] Lapisan Kek Keju
Bahan-bahan :
250 gm krim keju
60 gm gula kastor
1 1/2 Tbsp gelatin halal + 4 Tbsp air panas - sejukkan
200 ml krim putar (dairy whipping cream)
2 Tbsp jus lemon


Cara-cara :
Pukul krim putar hingga kembang dan bertanduk(soft peak). Simpan di dalam peti ais.
Di dalam mangkuk lain, putar krim keju bersama gula kastor hingga berkrim.
Masukkan bancuhan jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
Masukkan bancuhan gelatin dan putar hingga sebati lagi.
Keluarkan krim putar di (1) tadi dari peti ais. Masukkan 1/3 bahagian ke dalam mangkuk krim keju. Kaup balik dengan spatula hingga rata. Masukkan lagi 1/3 bahagian krim putar dan gaul lagi hingga sebati. Dan seterusnya masukkan lebihan krim putar yang tinggal dan gaul hingga betul-betul sebati.
Tuang adunan kek keju ke dalam loyang yang telah ada lapisan biskut tadi. Ratakan adunan di dalam loyang.
Simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam sebelum boleh dipotong.
Sekiranya menggunakan loyang biasa yang telah dialas dengan aluminium foil, angkat kek bersama aluminium foil dengan cermat dan keluarkan dari loyang. Letakkan ke atas bekas/ lapik yang sesuai. Jangan risau kek pecah kerana kek keju yang telah disejukkan sepenuhnya, tidak mudah pecah semasa proses mengeluarkannya daripada loyang.

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment