Pages


glitter-graphics.com

Wednesday, April 13, 2011

PUFF INTI SARDIN



Resepi di C&P dari blog tiffinbiru - mintak izin ye CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kecil sardine cap ayam, ambik isinya sahaja
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili
1/2 camca besar kicap cair
2 pelepah daun sup, hiris halus
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Puff pastry secukupnya
Kuning telur untuk mengglis
Lada hitam yang baru dikisar


CARA MEMBUATNYA :-)

1.UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, dan bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan cili sos, tumis hingga garing, masukkan ikan sardine dan hancurkan. Tambah kicap cair, kacau dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa jika kurang masin, tambah sedikit lagi kicap cair. Angkat dan sejukkan.

2.UNTUK SARDINE PUFF :- Kerat dua puff pastry tadi, tabur sedikit tepung, satu bahagian dibiarkan manakala satu bahagian lagi digelek dengan pemotong khas (seperti dalam gambar), tabur tepung pada alat pemotong untuk mengelakkannya lekat, jika lekat, berhati2 korek keluar dengan garfu.

3.Isi inti pada bahagian satu lagi, dan perlahan2 tindihkan dengan kulit pastry yang bercorak tadi, tekan tepi2nya dengan garfu supaya lekat. Alih ke dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur pada permukaan pastry tadi dan tabur sedikit serbuk lada hitam.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit, jika oven anda mempunyai "kipas", boleh "ON" kan. Ini akan membuat pastry puff anda naik tinggi dan lebih garing. Bila masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

1 comment: