Pages


glitter-graphics.com

Saturday, October 22, 2011

CUCUR PENIRAM

di C and P dari Incredible recipe - tk

Brown Sugar Ring Fritters @ Cucur Peniram
bahan A - (sila sukat bahan dgn jar matrik atau gram)

2 1/2 cawan @ 250gram @ 500ml tepung beras cap 3 gajah - *kemudian aida ltk 2sb rata tepung beras sekiranya tambah 1/4 caw air
2 sb rata instant coconut milk powder - bhn tbhan aida ltk sdr
2sb rata tepung gandum - *kemudian aida ltk 2sb rata tepung gandum sekiranya tambah lagi 1/4 cawan air

bahan B - (sila sukat bahan dgn jar matrik atau gram)

200gm gula merah - aida ltk 88gm gula merah + 112gm gula gerek @ gula manisan(2 kpg bgtg pd brt skpg gula tsbt
1-2 helai daun pandan - koyak-koyakkan - bhn tbhan aida ltk sdri
200ml @ 1 cawan air - aida lebihkan air dr resipi asal, *kemudian aida ltk 1/4 cawan air lagi

cara-cara

sediakan bahan A, kedalam besin logam, gaul rata, ketepikan, masak kesemua bahan B hingga gula larut serta mendidih terus angkat dari api dan terus tapis ke dalam tepung-tepung dan serbuk santan tadi, gaul terus dengan sudu besi, perap adunan beberapa jam atau semalaman, sapukan sedikit minyak atas tapak tangan, ambil adunan sebesar geguli atau ibu jari, bulatkan, sapu sedikit minyak, letak dalam pinggan plastik, leperkan sikit, celup bahagian lidi atau chopstik yang dengan sedikit minyak, cucuk ditengahnya buat lubang bentuk doughnut, angkat terus goreng dalam minyak panas, alih-alihkan, perlahankan api pandai-pandai sendirilah jaga api semasa mengoreng, sedia untuk dihidangkan, sekiranya berlaku dough jadi keras kerana diperap beberapa jam atau semalaman sila uli balik dengan sedikit air panas hingga lembut ulangi step seterusnya hingga habis, sedia untuk dihidangkan

texture bancuhan adunan kali ini sama seperti membancuh adunan lepat liat jenis paling cair seakan adunan roti kirai, ketayap, kuih cara dan crepe peram dan perap adunan beberapa jam atau semalaman, tidak perlu dibimbangkan dalam masa yang sama adunan jenis cair akan mula memekat dan didalam proses pengembangan dan akan terus mengembang dan jadi seketul dough just nice yang boleh dipegang atau senang digelintir dengan tangan, ini bermakna sudah sedia untuk dibentuk, adunan jenis ini inshallah tidak perlu diuli balik diuli dengan air panas dalam masa diperam selama 2 1/2 jam, lepas itu boleh lah digoreng, perapan jam selepasnya adunan jadi keras sikit kerana diperap beberapa jam kemudian atau semalaman sila uli balik dengan sedikit air panas hingga lembut, bentukkan, gorengkan, tadi semasa membancuh selepas 2 2/1 jam saya gatal tangan tambah pula 1/4 cawan air panas, kekonon nak bagi lembut lagi, adunan jadi cair balik, perap lagi selama sehingga pukul 5.00pm, susah untuk dibentuk kemudian saya tambah 2sb rata tepung beras + 2 sb rata tepung gandum, biar seketika aduan just nice macam bancuhan sebelum tambah air tadi, bentukkan, goreng dalam minyak panas, alhamdulillah menjadi, kemungkinan besar berkat dari puasa sunat 6 dapat juga saya jamah untuk berbuka tadi, texturenya lembut, ranggup dan gebu.

TIPS

Tips berguna buat kuih peniram Puan/Cik Siti Nur - saya ambil dari komen di mry (panduan berguna bila saya hendak masak & buat lagi dimasa akan dtg)
kalau x jadi tu mungkin tepungnya..sll yg menjadi nih tepung beras cap gajah..kena perap 1 malam baru sedap gebu n ranggup
pakai acuan donat yg paling kecil besar sikit dr syiling 50sen..kalau x pakai pun x pa.buat lubang sendiri..kalau pakai acuan nampak cantik dan sama besar
kuih ni kena betoi2 minyak panas.kalau x panas nanti x naik dan keras jadinya...rosak habis adunan.lagi satu adunan ini jgn simpan dlm peti sejuk.letak diluar boleh tahan sampai 5 hari
bila minyak dh panas..perlahan api baru goreng kalau api kuat nanti x sempat masak kt dlm..selamat mencuba aisyah.
adunan jangan sesekali letak dlm peti ais.letak diluar suhu bilik tahan 5 ari.bentukkan semasa hendak mengoreng.kalau adunan keras boleh tambah air panas semasa menguli...
tepung gandum hanya segenggam ni untuk jadikan kulit luarnya...kalau terlebih tepung gandum peniram akan liat dan x gebu.
peniram akan megembang bila mengoreng..jadi jgn buat tebal2 semasa mengoreng kerana kuih akan jadi x cantik...buat nipis2 goreng baru sedap dan ranggup
AIR GULA PANAS2 MASUKKAN DLM TEPUNG.KALAU AIR GULA SEJUK X MENJADI PENIRAM HARAP MAKLOM.MMG ADUNAN INI AKAN MELEKAT...UTK MUDAHKAN CARA LETAK SEDIKIT MINYAK SEMASA MENERAP PENIRAM.
ADUNAN TAHAN 5 HARI DILUAR KERANA TEPUNG TELAH SEPARUH MASAK KERANA DIULI DENGAN AIR GULA YG PANAS. ADUNAN YG DISIMPAN KALAU KERAS BOLEH DIULI DENGAN AIR PANAS UTK MELEMBUTKAN ADUNAN. KALAU PENIRAM YG TELAH DIGORENG BOLEH TAHAN SELAMA 1 BULAN.
x leh terap suma sekali kerana adunan ini lembut dan akan bercantum satu sama lain.buat satu siap masuk kuali...kalau 1 kg buat paling lama goreng 2 jam habis.
kalau adunan kering masukkan sikit air panas dan uli sampai lembut,,,semasa menerap adunan taruk minyak sikit supaya tidak melekat..jdn risau kalau adunan sedikit keras..kerana biar semalaman mmg mcm tu keadaannya.
kalau peniram jadi mcm tu sbb minyak x cukup panas..pastikan minyak panas..kalau x peniram akan jadi jerawat batu hehhehehhe
letak ckit minyak semasa nk terap...baru peniram cantik dibentuk.acuan pn kena sapu minyak jugak.
800 gram gula mmg cukup2 manis utk peniram.saya x pernah adjust suma yg dibuat ditimbang dgn baik.

No comments:

Post a Comment