Kek ni memang sedap dan moist - tk kepada tuanpunya resepi
Resepi ~ Chocolate Cheese Marble Cake
Sources : Kak Ayu
Bahan-bahan A:-
200g mentega -(ikut sukatan k.Ayu )
170g gula castor-(Ayu gunakan 130g/kite taruk 150g)
3 biji telur
*20g serbuk koko diayak
*120g top flour diayak
*1 sudu kecil baking powder diayak
Bahan-bahan B:-
250g cream cheese
60g castor sugar-(Ayu gunakan 45g)
*ikut kak ayu sebab cheese kite dalam 200g saje
1 sudu kecil vanilla esen
1 biji telur
100ml susu
Method:-
Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak sikit2. Gaul rata dengan spatula.
Dalam bekas yang lain, pukul kesemua bahan B hingga kembang.
Tuangkan adunan A sedikit kedalam loyang 7" yang telah dilenser terlebih dahulu dan ratakan. Kemudian tuang sedikit adunan B, diikuti adunan A dan seterusnya hingga habis.
Lepas tu boleh marblekan adunan ikut preference. Preheat oven dengan meletakkan loyang 10" yang telah dibubuh air letakkan loyang yang berisi adunan tadi ke dalam loyang ini dan steam bake selama 60 minit at 160C.
Setelah masak tunggu betul2 sejuk sebelum dipotong dan hidang.
Thursday, October 20, 2011
Topping/Chocolate Ganache (Jimat, Mudah Dan Sedap)
Resepi: Maklang Azie
Sumber: Azlita @ Masam Manis
Bahan:- (*untuk kek di atas - akak buat half dr bahan topping dibawah)
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter
Masuk semua bahan ke dalam bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila nampak telah pekat sikit, tutup api dan sejukkan sebentar. Sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2

Tuesday, October 11, 2011
SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Diambil dari blog yatiememories - mintak izin C and P
bahan-bahan : loyang 6-7 inci (saya guna loyang 5 inci)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Monday, September 19, 2011
KEK BUAH KUKUS
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN - Versi Basah (Loyang 9x9 in)
Sumbangan: Diana
Bahan-bahannya
500 g tepung gandum
100 g gula halus
5 biji telur - GRADE A
500 g mentega
500 g buah-buahan campuran - akak letak 300g
100 g kepingan badam (almond flake) - tak letak plak kali ni sbb dah kehabisan badam
1 2/3 sudu teh bicarbonate of soda
1 2/3 sudu teh cream of tartar
1 1/4 sudu teh esen vanilla
3 sudu teh pewarna coklat sarsaparilla brown liquid (akak guna black treacle)
3 sudu teh pes kek buah - ni akak tambah, hasilnya kek menjadi lebih harum
1 2/3 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil
Cara-caranya:
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

Sunday, September 18, 2011
RESEPI DOH PIZZA - dari kak asmah
500 gram tepung high protein
300 ml minyak masak
1 packet yis - 11 gram
air - ikut lembut tepung
- campur semua bahan hingga sebati. balut adunan dengan plastik wrapping dan masukkan dalam peti ais lebih kurang 30 minit. keluarkan dan uli sedikit dan bahagi kepada beberapa bahagian. kemudian jemur di tempat panas selama lebih kurang 30 minit.
- gelek adunan dan sapu sos, cheese dan bahan bahan lain. bakar di oven hingga masak.
selamat mencuba

Sunday, September 11, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)