Pages


glitter-graphics.com

Friday, June 24, 2011

PUDING TEMBIKAI

Bahan-Bahan:(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)

1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
2 keping roti gardenia *
6 cawan air (4cwn air)
1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
1 cawan susu cair (sy tambah) *
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau dipotong kecil
sedikit pewarna hijau /merah
Cara-Cara:

Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

PUDING TEMBIKAI

Bahan-Bahan:(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)

1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
2 keping roti gardenia *
6 cawan air (4cwn air)
1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
1 cawan susu cair (sy tambah) *
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau dipotong kecil
sedikit pewarna hijau /merah
Cara-Cara:

Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

CHOCOLATE MOIST CAKE

dr blog along roz - mintak izin C and P, tkasih

Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko.
1 cawan air mendidih.
1 cawan butter-suhu bilik.
4 biji telur.
2 1/2 cawan gula halus.
2 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung kek*
2 tsp baking soda *
1 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * (*ayak)
1 cawan fresh yogurt.


Cara-caranya:

Bancuh serbuk koko dengan air mendidih hingga rata.
Pukul gula dan butter hingga kembang dan ringan.
Kemudian masukkan telur satu persatu,esen vanila,yogurt,tepung yang diayak bersama baking soda,baking powder dan garam tadi.Pukul hingga sebati.
Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko dan pukul lagi hingga rata dan sebati.
Bakar dengan menggunakan loyang bulat berukuran 9".Jangan lupa sapukan butter pada loyang dan alaskan dengan baking paper.
Bakar hingga masak.
Biarkan dalam loyang selama 10 minit baru keluarkan kek.Biarkan kek betul-betul sejuk baru di salut dengan coklat ganache.

Chocolate ganache

450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)


Masukkan semuanya kedalam periuk yang sesuai.Masak dengan menggunakan api yang kecik sehingga coklat cair.kacau hingga sebati
Biarkan betul-betul sejuk baru sapukan pada kek...selamat mencuba.

BAKED PASTA

Baked Pasta
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan

2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
150 g minced beef/chicken
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
1 sudu besar mentega
Sos Putih :
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :


Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.

Thursday, June 23, 2011

MARBLE CHEESE BROWNIES

MARBLE CHEESE BROWNIES - copy dari Fotopages Kak Rinn Cyan

Bahan-bahan Brownies :
250g butter ( ros guna hanya 150gram butter)
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B ( ros guna 2 biji telur)
1 1/2 cwn gula castor ( ros guna 1 cawan gula)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor ( ros guna 3/4 cawan gula sahaja)
1 biji telur gred B


( ros tambahkan 50ml whipping crema ( nama cream) dalam adunan lapisan cheese tu.
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Tuesday, June 14, 2011






LASAGNA

RESEPI BEEF LASAGNA
(Persiapan untuk Hidangan 4 orang).

Bahan-bahan untuk “red sauce”:

½ kg daging cincang
sausage - potong
3 biji tomato masak – dipotong dadu
1½ biji bawang besar (putih) – dipotong dadu
3 ulas bawang putih – dipotong dadu
1 tin (400 gm) cendawan butang – dipotong dadu
1 biji cili bulat hijau (“capsicum”) – dipotong dadu - kalau suka
1 tin (400 gm) tomato puree/paste/tomato sos
sedikit lada hitam
5-6 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk lasagna:

Lasagna sheets (kepingan lasagna) – 4-5 keping
- direbus terlebih dahulu hingga lembut

Cara-Cara Masak “Red Sauce”

Panaskan minyak zaitun.
Masukkan bawang besar, bawang putih yang sudah dipotong dadu. Tumis sehingga naik baunya.
Setelah naik baunya, masukkan daging cincang. Ketika daging separuh masak, masukkan sedikit lada hitam, masukkan garam. Kacau sehingga masak.
Setelah dagingnya masak, masukkan tomato dan tomato puree/paste. Kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan cendawan butang dan “capsicum” tersebut. Kacau supaya sekata. Kemudian biarkan dengan api sederhana sehingga masak.
Kacau seketika & tutup api.

Selesai untuk “Red Sauce”



Cara untuk membuat Sos Putih

Bahan;

tepung - 3 sudu
marjerin - 2 sudu
susu cair - 1/2 tin
air - ikut kepekatan
1 packet cheesedale - empat segi utk makan ngan roti
sedikit lada hitam, garam

Cara;

masuk dua sudu marjerin dalam periuk. campurkan sedikit lada hitam.
bancuh tepung dengan air dan masukkan dlm periuk, kacau supaya tak berketul. campur susu cair dan air ikut kepekatan yg dikehendaki, masukkan garam ikut rasa. kemudian masukkan 4 keping cheese tadi hingga hancur dan tutup api.


Cara-Cara Siapkan dan Bakar Lasagna

Lapisan2 perlu dibuat di dalam “casserole”. Secara asasnya, boleh dibuat mengikut selera masing2, tetapi yang penting di atas & bawah kepingan lasagna (lasagna sheets) perlu ada “red sauce” supaya lasagna nya cukup masak/kembang, serta Lapisan paling bawah perlulah diletakkan “red sauce”. Lapisan di atas, perlulah keju parut.

lapisan pertama, red sauce, kedua kepingan lasagna, ketiga red sauce dan keempat sos putih. ulang hingga habis. lapis atas sekali mestilan sos putih. kalau ade lebih cheese tabut diatas. bakar dengan oven 170 celcius selama lebih kurang 35 minit.

Selamat Mencuba