Pages


glitter-graphics.com

Sunday, May 15, 2011

TIRAMISU

Resepi yg di C&P dari areryouri.blogspot - mintak izin ye, tk

resepi tiramisu yg mabeles ni ku ambk dr fp k.zana...mmg x rugi saper2 yg buat tiramisu nih...Mocha sponge cake

120 gm tepung gandum/red rose/all purpose
100-120 gm caster sugar
4 biji telur
20-30 gm butter - dicairkan
2 sdb susu - dicampurkan ke dlm butter yang telah dicairkan
1/2 tsp espresso paste
1/4 tsp chocolate emulco

Masukkan telur dan gula dalam bowl. then letak dlm bekas yang berisi air panas atau macam kita nak cairkan coklat (double boiler) dan whisk it until lemon colored. but make sure jangan sampai telur ter masak plak . Keluarkan dari air panas dan guna electric mixer and beat until kembang dan ringan. At this stage i add the espresso paste and chocolate emulco and beat at low speed. ni kira 2 tujuan satu destinasi . nak sebatikan adunan dan juga nak pecahkan big bubble. Ayak tepung dan kaup balikkan tepung ke dalam adunan telur secara perlahan2 hingga tepung sebati dengan adunan telur tadi. Lastly masukkan campuran susu dan butter dan kaup balik perlahan2. Masukkan dlm loyang yang bergris or dilapik kertas bergris. Bakar pada suhu 180 C selama 35 minit.

*** untuk bekas 4 segi 20 cm in diameter hanya perlu 1/2 aja dari adunan di atas.



for the cream cheese mixture plak...emm recipe ni ku adjust, mix and match dari pelbagai resipi yang telah ku baca kat merata website termasuklah all recipe. I came out with this recipe masa tinggal kat jepun dulu. masa mix and match it...yang ada dalam kepala adalah yang senang dibuat, senang nak cari bahan, tidak mahal dan sedap. so inilah hasilnya.

cream cheese mixture for tiramisu

250 gm mascarpone cheese
- boleh digantikan dengan cream cheese atau dicampur dengan cream cheese . atau buat mascarpone substitute. ni ku dapat tips dari website ish tak ingat website apa... 225-250 gm cream cheese + 1/4 cawan whipping cream and blend till fine. and i used this as substitute for mascarpone baru2 ni)
60 gm gula
2 biji kuning telur
2 sdt perahan lemon (optional)
2 sdb serbuk kopi + 1 sdb air panas (i lebih suka serbuk kopi espresso blend klu tak ada boleh ganti ngan espresso paste, for me espresso memang mmg lebih menaikkan rasa tiramisu)
100-200 whipping cream/fresh cream

Satukan kuning telur dan gula dlm bekas dan whisk atas air yang mendidih until lemon colored abt 10 mins. In another bowl beat cheese till fine pastu masukkan kuning telur tadi and beat hingga sebati. Pastu add plak coffee mixture, kacau sebati. In separate bowl lak beat whipping cream till stiff peaks. Pastu gently fold in the whipping cream into the cheese mixture sampai sebati .

Proses penyatuan :

Coffee syrup:

1 sdb serbuk kopi dicampur dengan 80cc air panas

Sapu coffee syrup ke atas sponge kek hingga agak lembab kek tu. anyway depends on citarasa le. ku suka kek tu jadi lembab so kena le guna extra coffee syrup. Lepas tu baru le tuang adunan cream cheese tu ke atasnya. ini terpulang samada nak buat a few layers atau cuma 2 layers je. kalau banyak layers kena le bahagikan sponge kek tu. dah siap dilayer...eloknya simpan le dulu dalam peti sejuk untuk beberapa jam tapi jgn lupa cover bekas dengan plastic wrap. sebelum dihidang ayakkan serbuk koko ke atasnya.

Monday, May 9, 2011

KEK BUAH KUKUS

dari blog dapur kayu

Tuesday, 21 December 2010
Fruit Cake Kak Hamsini


Kek Buah Kukus

Bahan2


1 biji butter /250 g*
2 cawan gula pasir*
2 cawan air*
1 mangkuk membukit buah campur*


4 biji telur gred A/ saya guna 5 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila
4 cawan tepung
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk cream of tartar/dlm btk serbuk


Cara

1.Bahan bertanda * rebus selama 30 minit dgn api sederhana. Pastikan menjadi sederhana likat tutup api....Biarkan sejuk.


2.Panaskan pengukus


3.Kemudian masukan telur sebiji demi sebiji dan kacau.Masukkan esen vanila. Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar sedikit demi sedikit dalam adunan. Kacau rata.


4.Masukkan ke dlm bekas yg telah diletak kertas dan telah di lenser.


5. Kukus dgn api perlahan selama 4 jam/ saya kukus 3 jam je


6. Angkat penutup dan lap dgn kain setiap 20 minit atau lapik dgn kain pada penutup.


Selamat mencuba....

KEK LAPIS SEROJA

di C&P dari blok Dapur Kayu - mintak izin ye...

kek lapis seroja

450gm mentega
250gm gula halus-(aku cuma buh 230gm jer)
7 bii telur
300gm tepung hong kong(tepung gandum pun ok)
1/2 botol (100gm) horlick
1/2 tin susu pekat manis(tin pendek)
1 sudu teh esen vanilla
1 kotak buah-buahan campuran(aku letak 150gm jer)
2 sudu besar serbuk koko.
sedikit pewarna kesukaan.

Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu, gaul sebati
masukkan tepung,horlck,susu dan vanilla, gaul rata.

Bahagikan kepada 3 bahagian...
1 bahagian campurkan dengan buah2an campuran
1 bahagian dicampur dengan serbuk koko
1 bahagian di letakkan warna kesukaan

Bakar selapis demi selapis mengikut urutan sendiri...
lapisan pertama di bakar dengan menggunakan oven api atas (grill) dan bawah
dan lapisan seterusnya hingga akhir menggunakan api atas(grill) sahaja...